Powered by Blogger.

Apa nak buat jika nak resign dan jadi suri rumah?

 Buat sahabat nor yang mungkin ada keinginan atau niat berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa, sila baca perkongsian nor..

 


Jadi suri rumah memang idaman bagi sebilangan besar wanita bekerjaya. Tapi ketahuilah jadi suri rumah ada cabarannya tersendiri berbeza dengan bekerjaya. Nor bekerja 6 tahun sebelum ambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya dan menumpukan perhatian kepada keluarga.


Cuma, kalau boleh jangan ulangi kesilapan nor yang dahulu..


Nor berhenti Oktober 2016 yang mana masa ni gaji nor 2x ganda dari suami.. Tapi disebabkan nor rasa gaji itu habis untuk minyak, service, makan minum dan komitmen bulanan, nor rasa seperti sangat penat bekerja..


Actually, bos dan team projek sangat best dan supportive.. Bukan takat team kat site, team kat HQ pun best... Jadi company bukan masalah.


Apa satu lagi sebab sebenarnya nor resign.. Nor pernah bernazar jika pregnant baby ke-3, nor resign kerja dan urus family sepenuh masa dan ALLAH tunaikan..


1. Sebelum resign, pastikan ada simpanan yang agak kukuh.. wang tunai dan emas amat berguna pada waktu ini.. Orang kata 6 bulan gaji kan, dan sememangnya nor akui benar belaka.. Masa nor resign, adalah bekalan sebulan gaji dan beberapa barang kemas ditangan. Dan benar ia sangat berguna ketika 6 bulan pertama selepas resign.


2. Sebelum resign, bina income kedua ...jadi agen ke, jadi dropship ke, tak kesahla asalkan ada duit masuk.. Kalau nak join dropship DAG, boleh roger nor ye.


3. Pasangan wajib tahu sebelum kita buat keputusan untuk resign. Berbincanglah tentang aturan kewangan yang baru sebab bila kita resign sekiranya ada loan, loan tetap kena bayar.. Dan pada kes nor, suami sangat² lah membantu.. Minta izin dan persetujuan..


4. Bila nak resign, siap sedialah dengan kekuatan mental dan emosi kerana 6 bulan pertama mungkin jadi waktu paling 'struggle' dalam hidup anda.


5. Bila jadi suri rumah, teruskan dengan bisnes online kerana nor pun faham wanita tetap ada keinginan yang tersendiri. Sebelum ni mungkin boleh terus beli sebab ada pendapatan sendiri yang tetap, kali ini mungkin perlu menabung terlebih dahulu tapi takpa.. slow-slow..konsisten menabung..barang tu tak lari,paling-paling pun SOLD OUT je .hihi


6. Walaupun suri rumah dengan pendapatan bisnes online tak menentu, usahakan juga buat simpanan.. Macam nor lebih suka kepada simpanan di akaun GAP public gold. Sebab duit tukar ke gram emas terus.


7. Walaupun dah jadi suri rumah, berkawan jangan lupa.. suami BFF, anak² pelengkap..tapi ada masa kita perlukan kawan wanita yang mungkin sekapal dengan kita untuk meluah..please jangan meluah dengan berlainan jantina.. ada paham ke??


Cukuplah setakat ni... Mungkin ada yang tak setuju, tapi nor cuma lontarkan pandangan berdasarkan situasi nor...


Raikan perbezaan ya...kalau kawan-kawan ada nak sharing pengalaman masing-masing, bolehla komen dibawah.


Mana yang nak jana pendapatan bersama DAG, nor alu-alukan sangat. Tak perlukan modal, tak perlu simpan stok menimbun. Boleh mulakan dengan perkongsian di media sosial kalian berkenaan produk DAG..


Tak tahu nak post apa? Jangan risau, pihak HQ dah sediakan pelbagai copywritig yang boleh kalian pilih. Cuma perlukan tindakan daripaa kalian sahaja.




No comments

Thank you for your comment

Popular Posts