Powered by Blogger.
Showing posts with label bantal dag. Show all posts

Haiiii.. I'm BACK!!!!!

 Assalammualaikum semua.. 


Ada yang rindu ke dekat nor? Rasanya lama dah nor tak menulis di ruangan ini.. Kalau nak beri alasan, memang terlalu banyak alasan kan.. Tapi biarlah yang dah berlalu, kini nor kembali dengan misi dan semangat yang baru. 


Selamat berpuasa buat semua. Semoga ramadhan kali ni membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat kita semua. 

ra global


Jangan lupa solat terawikh yang takkan dapat di bulan yang lain. Hanya ada di bulan ramadhan. 


Nantikan post seterusnya ya... Sebabbbbb banyak sangat promosi yang nor nak beritahu korang ni.


See ya next post...

Jualan sempena tahun baru 2023

 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.


Hari ni nor nak bagitau korang pasal JUALAN DAG SEMPENA TAHUN  BARU 2023. Jualan kali ini ada produk serendah RM7 ye. Bukan kaleng-kaleng harga yang ditawarkan tu.


Ok jom kita lihat apa yang ada ye.










Korang semua boleh buat belian di sini ye.

CRAZY SALE DAG 11.11 : DAPATKAN BANTAL DAG SERENDAH RM11 SAHAJA

 Assalammualaikum semua.


Sale 11.11 DAG datang lagi. Kali ini ada pelbagai produk DAG tawarkan dan yang menariknya ada bantal serendah RM11.00 sahaja.



Ini kalilah masanya anda dapat rasai produk DAG serendah RM11.00 sahaja.


Produk RM 11

1. Mini Kapok

2. Mini Microfibre

3. Bantal Mboss

4. Bantal Begae Seomyue


Bantal mini kapok dan mini microfibre adalah bantal yang bersaiz kecil dan sesuai untuk dibawa bersama di dalam perjalanan atau kenderaan and. Boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.


Bantal Mboss dan Begae Seomyu pula adalah jenis bantal yang agak lembut dan rendah. Pada mereka yang suka bantal rendah, dua-dua jenis bantal ini adalah sesuai buat anda.

 

Bagi penggemar bantal tinggi, ZEN PILLOW adalah pilihan terbaik buat anda. Isian padat bantal ini membolehkan anda mendapat tidur yang selesa buat diri anda. Bonus bagi bantal ini ialah ia boleh di basuh mesin. Harga biasa untuk 4 biji adalah RM152. Tetapi promosi kali ini, anda boleh jimat RM41.00 untuk set ini. Berbaloi sangat kan.

 


 


 

haaaaaa.. Peminat bantal hotel 5 bintang boleh rebut bantal microfibre ni. Harga biasa sebiji bantal ini adalah RM89.70 sebiji tapi pada kali ini ia berharga RM79.90 dan lagi mengejutkan ialah anda beli 2 biji bantal pada 1 harga iaitu RM79.90 sahaja. Penjimatan berganda. Buat apa bayar lebih jika anda boleh jimat banyak pada 1 masa.

 

Nak rasai keaslian bantal bulu itik? Boleh beli bantal bulu itik keluaran DAG. 100% bulu itik asli dan bukannya bulu itik sintetik. Bantal ini sangat untuk dicuba kerana kebanyakkan bantal bulu itik di luar sana adalah dari jenis bulu itik sintetik.


JADI JANGAN PELUANG ANDA UNTUK JIMAT BERGANDA. STANDBY ESOK JAM 9 MALAM.. KITA SERANGGGGGG!!!

PROMOSI NOVEMBER 2022 : POTONGAN SEHINGGA 70%

 Alhamdulillah..


Dah masuk bulan November rupanya. DAG ada tawaran istimewa untuk bulan November.


Jom kita lihat apa tawaran istimewa yang DAG tawarkan untuk pelanggan setia dan pelanggan baru DAG.


 

 


 

CEPAT GRAB TAU.. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.. ;-)

Siapa pemilik blog Bantal Hotel Harga Borong ni?

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah bertemu lagi di entry terbaru blog Bantal Hotel Harga Borong. Terima kasih buat anda yang selalu view blog nor yang mana kini telah menghampiri angka 120,000 pageviews.


Nama sebenar nor adalah Nor Rasidah Sidek dan pada tahun ini telah menginjak ke usia 36 tahun. Alhamdulillah masih berbahagia dengan insan kiriman ALLAH bernama suami dan dikurniakan 4 orang cahayamata.

 


 

Nor dah bersama DAG dari tahun 2016 dengan bermula sebagai agen selepas sebulan DAG mula beroperasi iaitu pada Mac 2016. Masa kenal DAG tu sebab support kawan jual bantal hotel. Ye la kan, waktu tu mana ada jual bantal hotel kat luar melainkan dekat hotel tu sendiri. Asal nak rasa bantal hotel je kena check in hotel kan..hahaha

 

1st annual dinner DAG tahun 2018


Lepas kenal bantal DAG, tak perlu pergi check in dah sebab tidur dah selesa dengan bantal hotel DAG walaupun masa tu masih beralaskan toto je tidur dekat rumah. DAG berkembang dan terus berkembang dari 1 jenis ke 14 jenis bantal yang korang boleh pilih untuk tahap keselesaan yang berbeza bagi setiap individu.


Nor dulu merupakan seorang jurutera tapak dari tahun 2011 selepas graduasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam. Alhamdulillah, habis je praktikal terus di serap masuk sebagai "junior engineer" memandangkan Nor merupakan pelajar tajaan syarikat yang nor buat latihan industri.


Selepas bekerja 5 tahun, nor ambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mampu untuk bekerja jarak jauh dengan keluarga sekali lagi. Namun begiru,rezeki ALLAH itu luas. Nor ditawarkan menjadi QA/QC Engineer bagi projek lain berhampiran rumah. 


Tetapi nor hanya sempat memberi khidmat selama 9 bulan setelah disahkan hamil anak ke-3. Mungkin juga faktor usia pada ketika itu dan sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat nor, nor resign ketika kandungan menginjak usia 4 bulan. Namun pada ketika ini, nor telah ada pendapatan sampingan dengan DAG.

 

Alhamdulillah dari oktober 2016 sehingga sekarang, nor merupakan seorang suri rumah yang menjual produk di atas talian. Dapat uruskan keluarga dan anak-anak dalam 1 masa merupakan rezeki yang tak ternilai. Walaupun  nor belum berjaya seperti yang lain, tapi nor sangat bertuah kerana ada kebebasan masa untuk melakukan itu semua.

 

5 tahun nor dapat jaga mak yang strok. Masa arwah abah pun , nor berada bersam abah di nafas terakhir beliau. Bayangkan "wishlist" yang nor buat pada tahun 2015 dikabulkan ALLAH. dapat jaga dan bersama hingga keakhir nyawa mak dan abah. Cuma arwah mak meninggal di hospital. Tapi syukur juga dapat iring mak masa dimandikan, dikafankan serta berada di sisi mak semasa perjalanan dari hospital ke rumah kampung. Perasaan syukur yang t ak mampu nor gambarkan. Terima kasih Ya Allah atas semua pengalaman ini.


Terima kasih buat suami dan anak-anak yang banyak berkorban dan sentiasa menyokong insan yang mereka sayang. Terima kasih adik beradik, sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga yang sentiasa support nor dalam berniaga. Teruskan sokongan anda ye.. Semoga ALLAH kurniakan rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.










Kalau kawan-kawan nak buat belian terus pun boleh terus ke laman web ni ye.

 

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ

 

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ

https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ


PROMOSI OKTOBER 2022

 Assalammualaikum dan selamat pagi semua.

 

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah buat seisi keluarga. Semoga Allah merahmati dan terima amal ibadah yang kita lakukan di dunia ini untuk bekalan di akhirat kelak. Amiin.


Ok. Hari ini, nor nak kongsikan promosi yang masih berjalan sepanjang Oktober 2022 bagi produk DAG iaitu tuala jumbo dan juga bolster.


Tuala jumbo hanya  RM115.00 untuk 2 helai. Lepastu bukan dapat tu je, ada juga hand towel dan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia.


Menarikkan tawaran ini. Cepat-cepat beli tau.

Terus buat belian di sini



Yang ini pula harga untuk Sabah & Sarawak.
 
Nak lebih jimat, boleh wassap nor ye.


 

Dapatkan segera promosi sebelum kehabisan stok. Mana yang nak jimat lebih banyak, boleh terus daftar keahlian percuma menggunakan email melalui ikon daftar di bawah ini.



Terima kasih support nor.


Siapa ada masalah dengan tuala mandi? Mari baca sini..

 Assalammualaikum dan selamat berttemu kembali.


Alhamdulillah ALLAh beri kekuatan untuk nor kembali menulis entry di blog ini setelah lebih sebulan nor hilang kekuatan atas pemergian ibunda tercinta, Almarhum Sambiah Binti Awang. Mohon semua pembaca sedekahkan al-fatihah buat ibu nor ye.

 

Nor nak tanya ni.. Siapa ada masalah dengan tuala di rumah?

  • Tuala tak serap air
  • Tuala berbau
  • Warna tuala luntur
  • Tuala berbulu
  • Tuala terasa kasar bila di lap ke badan

 


Dulu kan, sebelum tuala DAGHOME ada, nor memang setiasa cari tuala di pusat membeli belah macam Jusco sebab nak cari tuala yang sedap. 


Ok, kali ini nor nak kongsikan berkenaan tuala DAGHOME yang telah menjadi di antara produk DAG yang terlaris sejak dari keluaran pertama sehingga kini keluaran yang ke-5 kalau tak silap nor. Setiap kali keluar, warna yang dihidangkan pastinya berbeza. 


Tuala yang berkualiti sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tambahan pula kali ini harga promosi yang ditawarkan sangat sukar untuk ditolak oleh pengguna sedia ada tuala DAG.. Masa inilah peluang untuk borong lebih banyak tuala DAG.

Kenapa perlu pilih tuala DAGHOME?

🌸Berat - 0.9kg
🌸Saiz - 30" x 60"
🌸Ringan tetapi mempunyai serapan yang tinggi
🌸 Saiz bersesuaian untuk semua pengguna
🌸Lembut dan selesa buat belaian selepas mandi 😉
🌸Tidak luntur dan tahan lama
🌸Cepat kering & membuatkan kain tidak berbau hapak
🌸Berkualiti tinggi dengan jahitan yang rapi , kemas & tidak berbulu
🌸Didatangkan dengan kotak yang esklusif

 


 Masih kurang yakin lagi? Jom kita lihat testimoni yang dah menggunakan tuala DAG.







Jom buat belian sekarang. beli banyak lagi murah.


 

NAK LEBIH JIMAT LAGI?? ADA DISKAUN 10% JIKA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI DAG. 

JOM DAFTAR SEKARANG.




Apa nak buat jika nak resign dan jadi suri rumah?

 Buat sahabat nor yang mungkin ada keinginan atau niat berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa, sila baca perkongsian nor..

 


Jadi suri rumah memang idaman bagi sebilangan besar wanita bekerjaya. Tapi ketahuilah jadi suri rumah ada cabarannya tersendiri berbeza dengan bekerjaya. Nor bekerja 6 tahun sebelum ambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya dan menumpukan perhatian kepada keluarga.


Cuma, kalau boleh jangan ulangi kesilapan nor yang dahulu..


Nor berhenti Oktober 2016 yang mana masa ni gaji nor 2x ganda dari suami.. Tapi disebabkan nor rasa gaji itu habis untuk minyak, service, makan minum dan komitmen bulanan, nor rasa seperti sangat penat bekerja..


Actually, bos dan team projek sangat best dan supportive.. Bukan takat team kat site, team kat HQ pun best... Jadi company bukan masalah.


Apa satu lagi sebab sebenarnya nor resign.. Nor pernah bernazar jika pregnant baby ke-3, nor resign kerja dan urus family sepenuh masa dan ALLAH tunaikan..


1. Sebelum resign, pastikan ada simpanan yang agak kukuh.. wang tunai dan emas amat berguna pada waktu ini.. Orang kata 6 bulan gaji kan, dan sememangnya nor akui benar belaka.. Masa nor resign, adalah bekalan sebulan gaji dan beberapa barang kemas ditangan. Dan benar ia sangat berguna ketika 6 bulan pertama selepas resign.


2. Sebelum resign, bina income kedua ...jadi agen ke, jadi dropship ke, tak kesahla asalkan ada duit masuk.. Kalau nak join dropship DAG, boleh roger nor ye.


3. Pasangan wajib tahu sebelum kita buat keputusan untuk resign. Berbincanglah tentang aturan kewangan yang baru sebab bila kita resign sekiranya ada loan, loan tetap kena bayar.. Dan pada kes nor, suami sangat² lah membantu.. Minta izin dan persetujuan..


4. Bila nak resign, siap sedialah dengan kekuatan mental dan emosi kerana 6 bulan pertama mungkin jadi waktu paling 'struggle' dalam hidup anda.


5. Bila jadi suri rumah, teruskan dengan bisnes online kerana nor pun faham wanita tetap ada keinginan yang tersendiri. Sebelum ni mungkin boleh terus beli sebab ada pendapatan sendiri yang tetap, kali ini mungkin perlu menabung terlebih dahulu tapi takpa.. slow-slow..konsisten menabung..barang tu tak lari,paling-paling pun SOLD OUT je .hihi


6. Walaupun suri rumah dengan pendapatan bisnes online tak menentu, usahakan juga buat simpanan.. Macam nor lebih suka kepada simpanan di akaun GAP public gold. Sebab duit tukar ke gram emas terus.


7. Walaupun dah jadi suri rumah, berkawan jangan lupa.. suami BFF, anak² pelengkap..tapi ada masa kita perlukan kawan wanita yang mungkin sekapal dengan kita untuk meluah..please jangan meluah dengan berlainan jantina.. ada paham ke??


Cukuplah setakat ni... Mungkin ada yang tak setuju, tapi nor cuma lontarkan pandangan berdasarkan situasi nor...


Raikan perbezaan ya...kalau kawan-kawan ada nak sharing pengalaman masing-masing, bolehla komen dibawah.


Mana yang nak jana pendapatan bersama DAG, nor alu-alukan sangat. Tak perlukan modal, tak perlu simpan stok menimbun. Boleh mulakan dengan perkongsian di media sosial kalian berkenaan produk DAG..


Tak tahu nak post apa? Jangan risau, pihak HQ dah sediakan pelbagai copywritig yang boleh kalian pilih. Cuma perlukan tindakan daripaa kalian sahaja.




Popular Posts