Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bertemu lagi di entry terbaru blog Bantal Hotel Harga Borong. Terima kasih buat anda yang selalu view blog nor yang mana kini telah menghampiri angka 120,000 pageviews.
Nama sebenar nor adalah Nor Rasidah Sidek dan pada tahun ini telah menginjak ke usia 36 tahun. Alhamdulillah masih berbahagia dengan insan kiriman ALLAH bernama suami dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Nor dah bersama DAG dari tahun 2016 dengan bermula sebagai agen selepas sebulan DAG mula beroperasi iaitu pada Mac 2016. Masa kenal DAG tu sebab support kawan jual bantal hotel. Ye la kan, waktu tu mana ada jual bantal hotel kat luar melainkan dekat hotel tu sendiri. Asal nak rasa bantal hotel je kena check in hotel kan..hahaha
|
1st annual dinner DAG tahun 2018
|
Lepas kenal bantal DAG, tak perlu pergi check in dah sebab tidur dah selesa dengan bantal hotel DAG walaupun masa tu masih beralaskan toto je tidur dekat rumah. DAG berkembang dan terus berkembang dari 1 jenis ke 14 jenis bantal yang korang boleh pilih untuk tahap keselesaan yang berbeza bagi setiap individu.
Nor dulu merupakan seorang jurutera tapak dari tahun 2011 selepas graduasi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam. Alhamdulillah, habis je praktikal terus di serap masuk sebagai "junior engineer" memandangkan Nor merupakan pelajar tajaan syarikat yang nor buat latihan industri.
Selepas bekerja 5 tahun, nor ambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mampu untuk bekerja jarak jauh dengan keluarga sekali lagi. Namun begiru,rezeki ALLAH itu luas. Nor ditawarkan menjadi QA/QC Engineer bagi projek lain berhampiran rumah.
Tetapi nor hanya sempat memberi khidmat selama 9 bulan setelah disahkan hamil anak ke-3. Mungkin juga faktor usia pada ketika itu dan sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat nor, nor resign ketika kandungan menginjak usia 4 bulan. Namun pada ketika ini, nor telah ada pendapatan sampingan dengan DAG.
Alhamdulillah dari oktober 2016 sehingga sekarang, nor merupakan seorang suri rumah yang menjual produk di atas talian. Dapat uruskan keluarga dan anak-anak dalam 1 masa merupakan rezeki yang tak ternilai. Walaupun nor belum berjaya seperti yang lain, tapi nor sangat bertuah kerana ada kebebasan masa untuk melakukan itu semua.
5 tahun nor dapat jaga mak yang strok. Masa arwah abah pun , nor berada bersam abah di nafas terakhir beliau. Bayangkan "wishlist" yang nor buat pada tahun 2015 dikabulkan ALLAH. dapat jaga dan bersama hingga keakhir nyawa mak dan abah. Cuma arwah mak meninggal di hospital. Tapi syukur juga dapat iring mak masa dimandikan, dikafankan serta berada di sisi mak semasa perjalanan dari hospital ke rumah kampung. Perasaan syukur yang t ak mampu nor gambarkan. Terima kasih Ya Allah atas semua pengalaman ini.
Terima kasih buat suami dan anak-anak yang banyak berkorban dan sentiasa menyokong insan yang mereka sayang. Terima kasih adik beradik, sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga yang sentiasa support nor dalam berniaga. Teruskan sokongan anda ye.. Semoga ALLAH kurniakan rezeki yang berkat dan dipermudahkan segala urusan.
Kalau kawan-kawan nak buat belian terus pun boleh terus ke laman web ni ye.
https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ
https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ
https://daghomecollection.com/Shopping/RAGHQ