Powered by Blogger.

Moratorium automatik 6 bulan tanpa syarat

 


Pada 28 Jun 2021 yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk moratorium bayaran balik pinjaman bank selama 6 bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ( PEMULIH)


Perdana Menteri berkata , pemberian moratorium ini tidak melibatkan sebarang syarat seperti yang diperuntukkan oleh bank sebelum ini. Tiada sebarang dokumen diperlukan seperti sebelum ini dan tiada semakan yang diperlukan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.

 

" Apa yang anda perlu buat hanyalah memohon moratorium dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Moratorium ini juga tertakluk kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas."

 

 " Ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Semua boleh membuat permohonan bermula 7 Julai 2021. "

 

 Pemohon boleh memilih sama ada hendak memilih penangguhan moratorium 3 bulan penuh ataupun bayaran balik 50% pembiayaan selama 6 bulan.

 ========================================================================

 Moratorium 6 bulan dari sisi pandangan nor..

 

Ramai yang lega dengan pengumuman Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 dan ia termasuklah nor juga. Moratorium sebelum ini nor dapat langsaikan hutang-hutang kecil dan buat saving dalam bentuk emas.

 

Alhamdulillah moratorium kali ini pun ambil juga untuk tambah dana kecemasan yang sedia ada dan boleh membantu lebih ramai orang diluar sana. In shaa allah.

 

Untuk CIMB, selepas pengumuman yang diberikan, nor terima SMS dari pihak CIMB yang mengatakan akaun pembiayaan nor telah diluluskan untuk penangguhan bayaran selama 3 bulan sehingga Oktober 2021. Bayaran semula akan disambung pada November 2021.

 

Alhamdulillah.. lega sebab tak perlu memohon lagi.

 

Bagi yang belum dapat sms penangguhan bayaran, sila buat permohonan dengan bank melalui panggilan telefon atau email kepada pihak bank berkenaan.

 

 Menurut pakar kewangan, Tuan Azizi Azli, ada beberapa golongan mungkin tidak memerlukan menerima moratorium ini. Jom kita lihat paparan gambar di bawah :

 


 Jadi, tepuk dada tanya poket.. Lihat tahap kritikal tabung kewangan anda. In shaa Allah , semoga semuanya dipermudahkan. 

====================================================================

Nak jana income tanpa modal dan tanpa perlu pegang stok :

 


 


No comments

Thank you for your comment

Popular Posts