Hai dan assalammualaikum....
Hari ni nor nak share la pasal deep freezer jenis chest freezer dan vertical freezer ni.
Chest freezer jenama Hisense ni nor dah beli sama umur dengan Awliya. 7 tahun dah usianya. Alhamdulillah masih elok terjaga. Setakat ni nor masih guna suhu yang minima untuk freezer ni. Chest freezer ni sekarang nor guna untuk letak barang jualan frozen (kepok lekor).
Korang boleh beli chest freezer Hisense ni di sini.
Chest freezer ni macam biasalah bukaannya samada ke atas atau jenis sliding. Ruang simpanan lebih luas disebabkan tiada compactment.
Mungkin berbeza sedikit sebab dah 7 tahun kan..dulu nor beli harga RM580.00. Sekarang Rm500.00 boleh dapat dah cuma mungkin berbeza model.
Vertical Freezer jenama LG ni pula nor beli pada bulan Disember 2020. Alhamdulillah lepas beli freezer ni, memang mudah sangat bila simpan bahan sejuk beku. Nor pun mudah nampak barang apa yang masih ada dalam freezer ni.
Alhamdulillah.. Memang tak menyesal beli vertical freezer ni.
Untuk bf mom yang bercadang nak beli deep freezer, nor sangat rekomen untuk beli vertical freezer untuk manage stok susu korang..boleh apply FIFO dengan mudah.
Kelebihan :
Chest freezer
===========
1. Ruang bebas dan takde sekatan dalam freezer.
2. Boleh muat bekas besar dan tinggi.
3. Nak letak aiskrim 6 liter berbekas-bekas pun boleh.
Vertical freezer
=============
1. Ruang letak barang lebih teratur
2. Mudah nak ambil barang yang disimpan. Tak perlulah nak korek barang sampai ke bawah.
3. Banyak bahagian boleh disusun.
4. Sesuai untuk susunan barang basah yang bersaiz kecil dan sederhana.
Paling best vertical freezer ni tak makan ruang sebab saiz dia lebih kurang peti ais 1 pintu sahaja..
Jadi, mana pilihan korang? Masing-masing ada kelebihan...tengok apa keperluan dan bajet korang..
Semoga dapat membantu korang membuat pilihan lebih tepat..
Boleh tengok post asal nor di facebook : vertival freezer vs chest freezer
No comments
Thank you for your comment