Powered by Blogger.

aku dan DAG

Hampir 2 tahun saya dengan DAG rupanya..

dari awal penubuhan DAG, bermulanya perjalanan saya sebagai customer DAG..Mula-mula madam Sapinah Muhammad buka tempahan untuk bantal H-class ( masa ni belum ada tag langsung ).


 Terus mesej tanya " boleh tak nak jadi agen?" lebih kurg macam tu la..saya mulakan jual bantal ni pun mula dengan adik beradik, kawan-kawan..

Mula dengan courier KTMD, sekarang tukar kepada nationwide..

Biasalah niaga, ada turun naiknya, tapi kenapa saya masih niaga walaupun satu masa dahulu pernah ada perasaan nak berhenti jual bantal ni.

Macam mana saya nak berhenti, kalau ada je mesej tanya pasal bantal ni. Akhirnya saya buat keputusan untuk bermula kembali pada 2/10/2017 sebagai reseller DAG dengan no id DAG 1225.

Genap 2 bulan 2/12/2017, saya naik sebagai premium reseller selepas berjaya menjual 300 biji.
Kini perjalanan saya menuju ke Master Leader. 3000 biji untuk "team production".

Terpanjang pula coretan malam ni.. Tapi apa yang saya boleh kata, bisnes bantal ni mudah. Bantal adalah keperluan setiap orang. Bantal ni "tak basi". Kecik besar,tua muda,laki perempuan, semua guna bantal.
Jadi 'pasaran' luas sangat.

Pemasaran offline, online DAG dah buat.. Billboard, TV Al-Hijrah ,Radio Ikim, Super Spontan, FB page.

Apa yang kena buat sebagai reseller, silalah "pasarkan" diri sebagai penjual bantal. Biarlah nama anda bermain di bibir customer sebagai penjual bantal hotel DAG.

#bantalviral
#dasabdulglobal
#iloveDAGbusiness



No comments

Thank you for your comment

Popular Posts