Buat sahabat yang mengalami banjir.
Ini sedikit info buat anda untuk proses tuntutan selepas banjir surut.
PANDUAN TUNTUTAN INSURAN BANJIR BAGI RUMAH KEDIAMAN
======================================
Untuk kediaman masih dalam loan kerajaan @ bank, mesti dapat claim banjir.
1. Ambil gambar sendiri, sebelum bersihkan rumah. Kesan banjir
2. Laporan polis (sesetengah syarikat insuran tak perlu)
3. Sebutharga dari kontraktor untuk baikpulih kediaman (cat, wiring, pintu rosak, motor auto gate, dan sebagainya)
4. Resit belian & sebutharga baru utk kelengkapan rumah, jika di insurankan
5. Jangan baikpulih rumah sebelum adjuster @ wakil insuran membuat pemeriksaan. Kecuali kerja kecemasan / keselamatan seperti litar pintas atau pintu rosak
6. Jangan terima tawaran 'LUMP SUM' dari pihak insuran.
7. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada adjuster @ wakil insuran.
8. Lapor kepada pihak insuran secepat mungkin, isi borang tuntutan, hantar di kaunter @ online @ email supaya ada bukti laporan telah dibuat
9. Ketahui hak anda
Semoga dipermudahkan urusan kalian.. Gambar pula cara tuntutan insuran kereta..
#MLnor
No comments
Thank you for your comment