Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya pada semua Pembaca Blog Nor ni.
Hari ini memang nak ceritakan satu kisah yang paling WIN dalam Kempen TRADE-IN Bantal 2018. Sebelum nor ceritakan lebih lanjut, nor kongsikan gambar bersama aunty ani semasa COD bantal H-class dan pick-up bantal bucuk peta seantero dunia.
Al-kisah seorang anak bernama fiza yang mesej nor pada 5 June 2018 untuk dapatkan bantal hotel DAG ni untuk mamanya. Kebetulan masa fiza ni mesej nor, nor dalam kelas Public Mutual. Jadinya nor terpaksa maklum pada fiza untuk mesej kemudian. Alhamdulillah fiza memang tunggu nor mesej dia semula untuk deal berkenaan bantal DAG ni.
Setelah habis kelas, nor pun mesej fiza semula. Dah janji kan, mestilah tunaikan. Nor dengan customer memang straight to the point je.. Customer tanya harga, bagitau je.. Tak yah pusing kiri kanan..hihihi. Terus je jawab persoalan customer. Jadi dia pun tak pening.
Fiza ingat bantal hotel DAG ada sejenis sahaja, rupanya banyak jenis. Jadi, fiza dah pening nak pilih. Fiza tanya nor,
Fiza : Biasa orang beli jenis yang mana?
Nor : Orang beli yamh jenis H-class.
Tapi sebab fiza pun tak tau nak pilih mana, fiza buat keputusan untuk datang rumah tengok bantal sebab kebetulan memang dia selalu masuk kawasan umah nor.
Pada hari fiza datang rumah nor, Fiza bawa sekali mama fiza ( aunty ani ) untuk tengok dan rasa sendiri perbezaan jenis-jenis bantal DAG yang ada dalam simpanan nor. Akhirnya aunty ani memilih H-class. Tapi malangnya bantal H-class dah habis. Aunty ani kata takpe.Tunggu Bantal sampai nanti boleh tukar.
Memula Aunty Ani nak beli 3 biji H-class RM120, tapi bila nor bagitau ada kempen Trade-In bantal lama tukar baru, aunty Ani kata " Bolehla kumpul semua bantal lama kat rumah tu..Dah bertahun tak berganti. Kata Aunty Ani lagi " 1 sarung bantal pun dah boleh sumbat 3 biji bantal lama baru nampak cantik. "
Alhamdulillah aunty ani tak tunggu lama sebab hari sabtu bantal nor sampai. Terus deal untuk hantar hari ahad sebab suami kebetulan Off. Kenala ajak suami sebab nak angkut 14 biji bantal lama tu.
Aunty Ani jimat RM60 sebab dia tukarkan 12 biji bantal lama + 2 biji lagi dia bagi je pada nor sebab dia pun dah taknak simpan kat rumah. Aunty Ani dapt 6 biji H-class pada harga RM180 + 2 biji tambahan pada harga RM80.
Alhamdulillah semua bilik dapat bantal baru raya ni.
NO MORE BANTAL BUCUK DI ATAS KATIL.
Kasihnya anak pada mamanya. Gigih tunaikan hasrat mamanya untuk dapatkan bantal baru lebih-lebih lagi mamanya memang nak jenama DAG. Rezeki sticker kereta DAG nor di belakang kereta EXORA.
========================================================================
Untuk Tempahan BANTAL HOTEL DAG
====================================
Untuk Pendaftaran sebagai DROPSHIP & RESELLER DAG
====================================
Boleh whatsapp terus dengan klik link dibawah
====================================
No comments
Thank you for your comment