Mereka memang mempunyai super power. Tanggungjawab mereka bukan calang-calang orang dapat pikul. Hanya yang mempunyai kesabaran yang tinggi mampu menggalas tanggungjawab ini dengan ikhlas.
Coretan ini sedikit panjang, saya harap anda sudi untuk terus membaca. Dedikasi buat insan hebat bergelar IBU, JURURAWAT & GURU.
Mak, Ibu, Mama, Ummi atau apa sahaja panggilan yang kita panggil kepada seorang wanita yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan bergadai nyawa melahirkan kita. Wanita yang menyusukan selama 2 tahun, menjaga, mendidik, merawar, menyediakan makan pakai serta menguruskan kita adik beradik dengan sabar. Ada kalanya dia jatuh sakit, namun tugas sebagai ibu tetap diteruskan 365 hari tanpa sebarang cuti sakit. Wanita yang sentiasa memberikan kita semangat saat kita lemah, yang sentiasa memeluk mencium erat membelai penuh kasih sayang. Wanita yang sentiasa gembira memasak dan menyiapkan makanan istimewa setiap kali kita pulang menemuinya. Tiada satu perkataan keluh kesah menggambarkan penatnya. Hanya senyuman terukir bahagia saat dapat memberikan yang terbaik buat anak tersayang. Dialah IBU.
GURU, insan hebat yang mengajar kita mengenal huruf ABC, Aliff Ba Ta, 123.. guru ibarat pelita yang menyuluh dalam kegelapan. Sabar mendidik kita sehingga kita berjaya, mengorbankan masa dan tenaga demi anak bangsa. Tugas bukan hanya di sekolah, bukan sahaja mengajar kenal membaca dan menulis, tugas guru lebih berat dari itu dalam membina sahsiah pelajar yang penuh cabaran dewasa kini.
Istimewa sempena HARI JURURAWAT, HARI IBU DAN HARI GURU, kami di Das Abdul Global Sdn Bhd melancarkan PROMOSI HEBAT iaitu

35% DISKAUN UNTUK BELIAN BANTAL MEMORY FOAM DAG.
HARGA ASAL RM 199, bermula 12 MEI - 16 MEI 2018, miliki Memory Foam Pillow hanya dengan harga RM 129.
.
Bantal Memory Foam sesuai dijadikan hadiah untuk Ibu, Guru atau Jururawat yang telah berkorban masa, tenaga dalam melaksanakan tugas mereka.
Bantal yang mempunyai dua lekuk ketinggian berbeza ini dapat membantu pengaliran darah ke kepala, memberikan pemiliknya rasa selesa ketika tidur dan segar apabila bangun.
Dicipta khas untuk teknologi bantal hotel di Australia, ternyata Memory Foam Pillow sesuai dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang.
Nyatakan penghargaan anda kepada 3 insan hebat ini dengan hadiah eksklusif ini. Mungkin seorang jururawat itu ibu anda dan mungkin juga wanita bergelar seorang guru itu juga ibu anda.
Mereka pasti teruja dan gembira mendapat hadiah istimewa ini. Berikan mereka tidur yang lena, selesa dan berkualiti untuk bangun melaksakan tugas harian mereka.
Dapatkan bantal Memory Foam Pillow pada harga istimewa ini selama 5 hari sahaja.
Cepat! Ini peluang anda untuk dapatkan hadiah yang ekslusif pada harga terbaik.
*Sleep Like A King*
"Ingat DAG®, Ingat Bantal Hotel”
kredit kepada : Fb Page : Das Abdul Global
No comments
Thank you for your comment